• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen “I’m A Muslim, I Love Hindus” Bukti Perpaduan Agama – Joseph Kurup

oleh AK-47
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KEMPEN “I’m Muslim, I Love Hindus” yang dilaksanakan oleh Komunitas Pemuda Saling Menghormati Antara Agama Indonesia (YIPCI) membuktikan hubungan baik antara penganut agama berbeza dan bagaimana mereka saling menghormati kepercayaan masing-masing, kata Tan Sri Joseph Kurup hari ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, kempen tersebut telah menerapkan nilai positif mengenai kepentingan mengasihi dan menghormati kepercayaan masing-masing.
“Tidak, kita harus melihat perkara ini dengan minda terbuka dan daripada sudut positif. Apa yang saya tahu, saya amat senang melihat keadaan (kempen kesedaran menghormati antara agama) ini.”

BACA JUGA – Gambar Wanita Bertudung Suka Hindu, MAIS Diharap Siasat

“Kegembiraan yang saya katakan ini adalah dalam konteks penerimaan secara terbuka meskipun berbeza agama, dan itulah mesej yang ditampilkan pada poster mereka. Saya tidak rasa mereka mempunyai ‘motif tersembunyi’ disebalik slogan tersebut,” tambahnya lagi semasa ditemui wartawan selepas pelancaran Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia 2015, di Klang hari ini.
Beliau berkata begitu sebagai maklum balas terhadap tuduhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), yang mengatakan kempen pihak YIPCI itu mempunyai unsur ‘udang di sebalik batu’ bagi mewujudkan hak persamaan dalam agama dalam negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Ketua Informasi ISMA Mohd Hazizi Ab Rahman telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap gambar salah seorang wakil YIPCI yang merupakan seorang wanita Muslim bertudung dan dilihat memegang plakad tertera dengan ayat “I’m a Muslim, I Love Hindus” (Saya Seorang Muslim, Saya Sayangi Penganut Hindu) semasa sambutan Thaipusam di batu Caves tempoh hari– dengan mengatakan bahawa situasi ini mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
ThaipusamSiasat_1
Beliau kemudiannya menambah, kempen sedemikian sebenarnya dibiaya oleh penaja asing bagi meyakinkan kaum Muslim bahawa agama lain juga setaraf dengan kedudukan agama Islam.
Seterusnya,kempen ini disifatkan sebagai ‘pelik’ oleh Mohd Hazizi, kerana umat Islam merupakan sasaran utama hinaan dan penganiyaan oleh bukan Islam di seluruh dunia.
Dalam responnya terhadap tuduhan ISMA, Kurup menekankan nilai kesedarhanaan, toleransi dan perpaduan sebagai kunci dalam kemajuan negara.
“Kerajaan sangat serius terhadap penekanan sifat bersedarhana,” tambahnya lagi.
Najib Hadir Makan Malam Perpaduan Agama Tao Pada 2011
http://youtu.be/Y0wskZt_fCs
Tags: hinduislam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd