• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Najib Pada Majlis Thaipusam Tak Menyalahi Syarak

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves Selasa lepas tidak menyalahi hukum syarak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu diperjelaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 2012 yang mengatakan bahawa ia tidak bertentangan syarak selagi tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melambai kepada para hadirin semasa hadir ke sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melambai kepada para hadirin semasa hadir ke sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. – Foto BERNAMA

“Kehadiran perdana menteri di majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis itu berlangsung. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan.

“Selaku ketua kerajaan, perdana menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa sesetengah pihak.

Mengenai pakaian yang dipakai perdana menteri semasa majlis itu, Othman berkata ia juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.

“Saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat,” katanya.

Selasa lepas, Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, kurta berwarna krim. – BERNAMA

Tags: Thaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd