Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

80 Warganegara New Zealand...

Dalam ucapan Perdana Menteri New Zealand, John Key pada Mesyuarat Keselamatan Kebangsaan, beliau...

Polis Melaka Tumpaskan Sindiket...

MELAKA - Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual dadah selepas menahan...

MT Orkim Harmony Telah...

KAPAL tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan...

Siti Kassim Ditahan Halang...

KUALA LUMPUR - Polis menahan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai...

Kastam Sasar Kutip RM46 Bilion Cukai Tahun Ini

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasar untuk mengutip sebanyak RM46 bilion cukai tahun ini, berbanding RM35.195 bilion tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau optimis sasaran itu mampu dicapai memandangkan dua fokus kutipan hasil diberikan iaitu kutipan di bawah rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan bermula Januari hingga Mac dan mulai April hingga bulan seterusnya, kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

“Secara keseluruhannya, cukai RM46 bilion itu akan dikutip menerusi hasil dari cukai import, cukai eksais dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP),” katanya sambil menambah sasaran JKDM Sabah tahun ini adalah RM1.26 bilion.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian majlis pecah tanah pejabat baharu Kastam Sabah yang dianggarkan bernilai RM61 juta di sini, Khamis.

Menurut Khazali, rakyat perlu melihat tanggungjawab membayar cukai sebagai satu kewajipan kepada negara dan tidak harus dianggap sebagai membebankan.


Sementara itu, Khazali menggesa lebih 50,000 syarikat yang dikenal pasti belum mendaftar untuk sistem CBP agar segera berbuat demikian selewatnya 28 Feb ini.

Katanya, JKDM akan melaksanakan operasi besar-besaran bermula 1 Mac depan dengan menyerbu syarikat yang enggan mendaftar di bawah sistem CBP dan tindakan tegas akan diambil serta-merta.

“Dalam operasi itu, kami akan daftarkan syarikat berkenaan secara paksa selain kompaun RM15,000 dikenakan terhadap syarikat yang gagal melaksanakan tanggungjawab,” katanya.

Katanya, setakat ini jumlah syarikat yang mendaftar bagi CBP ialah sebanyak 313,712 di seluruh negara dengan Sabah sebanyak 17,007 buah syarikat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori