KUALA LUMPUR – Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar direman tiga hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung komen dalam tweetnya yang berbaur hasutan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis berharap dapat menyelesaikan siasatan ke atas Zunar, 52 secepat mungkin.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 oleh Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
BACA JUGA – Selain Nga Kor Ming, Zunar Juga Disiasat PDRMÂÂÂ
Semalam, Zunar dipercayai memuat naik komen pada 12.17 tengah hari yang menyebabkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan ia disiasat.
Sehubungan itu suspek ditangkap di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam pada 9.30 malam.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim menyampaikan keputusan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu. – BERNAMA
Temubual Kartunis Zunar Di Kentucky, Amerika Syarikat
http://youtu.be/GwgznPQghdI