Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Kebakaran: HKL Adakan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR — Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengadakan mesyuarat “maklum...

Suspek Terlibat Kes Bunuh...

KUANTAN - Polis telah mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat dengan kes seorang...

Mungkinkah Teknologi Ini Menjadi...

Teknologi dron bukanlah merupakan suatu yang baru jika kita perhatikan bagaimana teknologi robot...

Lelaki Tendang Wanita Di...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang dikatakan sengaja menendang seorang wanita di jejantas dari...

Kami Cuma Mahu FAM Bertindak Adil Dan Konsisten – PBNJ

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan tindakan persatuan itu membangkitkan isu pasukan Pahang dibenarkan menunda tarikh perlawanan walaupun telah pulang ke Malaysia semalam bukan bertujuan mencari masalah dengan pasukan tersebut.

PBNJ dalam satu kenyataan media sebaliknya menjelaskan isu itu dibangkitkan supaya supaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertindak lebih lebih telus dalam membuat keputusan secara adil kepada setiap pasukan dalam Liga Malaysia.

“PBNJ ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana persatuan bola sepak terutamanya pasukan Pahang.

“Isu yang ditimbulkan adalah berkaitan ketelusan pihak FAM dalam membuat keputusan secara konsisten mengenai sesuatu isu berkaitan bola sepak,” jelas kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, PBNJ amat berharap setiap persatuan dan kelab bola sepak menerima layanan yang adil daripada FAM selaku badan induk bola sepak negara.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mempersoalkan sama ada FAM menipu pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berhubung keputusan meminda tarikh perlawanan bagi pasukan Pahang dan JDT dalam kejohanan Piala FA musim ini.
Titah baginda, FAM baru-baru ini menolak permohonan JDT untuk meminda tarikh perlawanan, tetapi permohonan Pahang untuk menundakan perlawanan Piala FA itu diluluskan dengan alasan pasukan berkenaan tidak dapat beli tiket untuk pulang ke Malaysia pada 26 Februari ini selepas menyertai kejohanan AFC di Myanmar.

Bagaimanapun, titah baginda, pasukan Pahang dilaporkan tiba di Malaysia semalam. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori