• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Penjara Penor Maut Langgar Treler Di Bahu Jalan

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang kakitangan Penjara Penor dekat sini maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 20 Jalan Pekan-Kuantan, berhampiran penjara berkenaan, malam tadi.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Supt Mohd Noor Yusuf Ali berkata Muhammad Iqbal Mohamed, 34, dari Kampung Ketapang Tengah, Pekan, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Ketika dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja pada 9 malam itu, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar belakang treler membawa muatan balak yang diletakkan di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akibatnya, motosikal mangsa terperosok di bawah lori sebelum orang ramai menghubungi ambulan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Noor, treler itu dipercayai mengalami kerosakan, namun pemandunya tiada di situ ketika kejadian dan polis kini sedang berusaha mengesannya.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan jenazah sudah dituntut anggota keluarga untuk urusan pengkebumian,
katanya. – BERNAMA

Video: Kemalangan Maut Di Highway NPE

https://www.youtube.com/watch?v=TzvLLkVFIF4

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd