• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fifty Shades Of Grey Kurang ‘Umph’, Komen Nina Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Artis
16
Share on FacebookShare on Twitter

SEGELINTIR peminat filem romantik melahirkan kecewa apabila naskah adaptasi dari novel terlaris, Fifty Shades Of Grey karya E. L James diharamkan tayangannya di pawagam-pawagam Malaysia.

Keputusan yang dikeluarkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) minggu lalu itu berdasarkan aksi-aksi tidak senonoh yang dipaparkan dalam filem yang diklasifikasikan Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid sebagai ‘pornografi’.

BERKAITAN: Adegan Ikat, Libas Cemeti Punca Fifty Shades Of Grey Diharam

event-20140327161704-IMG_6780_resized_650x420

Namun beberapa hari lalu, menerusi ruangan Instagram, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri memuatnaik tiket wayang yang dibelinya secara online untuk menonton filem tersebut di Singapura. Gigih kan?

Sayangnya semalam, melalui medium sama, Nina memuatnaik komennya mengenai filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan yang disifatkannya, mengecewakan!

Mungkin ada benarnya juga apa yang dikongsikan isteri Jovian Mandagie itu kerana ulasan di laman kritikan filem popular Rotten Tomatoes pun memberikan hanya 26 peratus untuk filem tersebut. Sedih kot.

Bagi Nina pula, dia hanya memberikan rate 5/10. Apa yang mengecewakan sangat?

Bacalah ulasan yang dibuat Nina ini:

http://instagram.com/p/zGwijoO1L_/?modal=true

Secara ringkasnya menurut Nina, filem tersebut ‘biasa-biasa’ sahaja namun dia mengakui bukan mudah untuk memuatkan naratif penceritaan novel setebal ratusan muka surat di layar perak yang cuma berdurasi dua jam.

Nina turut mengkritik lakonan Jamie Dornan yang disifatkannya tak bersesuaian dengan watak dan mengharapkan Ia Somerholder menggalas peranan sebagai Christian Grey. Amboi…

Senang cakap, tak rugi pun kalau peminat filem tidak menyaksikan filem ini kerana ia bukan sahaja lucah malah adaptasi yang dibuat tidaklah sebagus mana. – MYNEWSHUB.CC

Ulasan Media Antarabangsa Tentang Filem Fifty Shades Of Grey

Tags: Filem Lucahpereka fesyen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Maid Malukan Jokowi, Kenangan Pahit Lawat Malaysia

Next Post

Bekalan Air Kembali Pulih Di Empat Kawasan – Syabas

Related Posts

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

10/01/2025
0

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen...

30 Tahun Dalam Industri Fesyen, Rizalman Umum Bersara

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan bersara daripada industri itu selepas 30 tahun. Keputusan mengejut tersebut...

Next Post

Bekalan Air Kembali Pulih Di Empat Kawasan - Syabas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd