• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Tambang Bas Ekspres Kekal – SPAD

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga biasa dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang seperti diminta pengguna.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan.

“Banyak faktor lain yang menentukan turun naik harga tambang selain minyak. Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans.

“Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas dan Teksi Segamat di sini, Isnin.

Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.

Sementara itu, mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS), beliau berkata sempena Tahun Baharu Cina ini, SPAD telah meluluskan sebanyak 140 LPS kepada syarikat bas ekspres di seluruh negara.

“LPS itu mungkin bertambah lagi jika ada permohonan dan ini semata-mata bagi memastikan pengguna tidak mempunyai masalah untuk pulang beraya,” katanya.

Mengenai dakwaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, Syed Hamid menasihatkan ibu bapa agar memboikot pihak yang sengaja mengambil kesempatan itu.

“Sebagai pengguna carilah bas sekolah yang masih mengekalkan tambang yang munasabah dan syarikat bas sekolah itu mestilah berdaftar,” katanya. – BERNAMA

Tags: bas ekspresSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd