• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Mahu Ismail Sabri Segera Beri Penjelasan

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kabinet telah mengarahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kenyataannya sebelum ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam satu kenyataan, Tiong Lai berkata, masyarakat Cina sangat tidak berpuas hati dengan posting yang dimuat naik di akaun Facebook milik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Februari lalu yang didakwa meminta rakyat memboikot pemborong Cina.

“Kenyataan menteri itu telah menimbulkan kekecohan. Kabinet telah mengarahkan agar isu tersebut segera diselesaikan bagi mengelakkan ia semakin serius,” katanya.

Beliau berkata, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MCA yang diadakan pada Selasa telah bersetuju agar Ismail Sabri menarik balik kenyataannya sebelum ini.

“Kami telah memaklumkan kepada Kabinet keputusan tersebut,” katanya sambil menambah MCA juga telah memaklumkan kepada Kabinet mengenai pendirian parti itu dalam isu berkenaan.

Selepas kejadian tersebut, Ismail Sabri telah memadamkan status berkenaan daripada akaun Facebooknya dan beliau menjelaskan arahan memboikot itu hanya ditujukan kepada pemborong Cina yang enggan menurunkan harga barangan keperluan walaupun harga minyak telah turun.

Lewat malam Khamis, Ismail Sabri dilaporkan berkata, Kabinet telah meminta beliau memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan dan beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Tiong Lai sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau dilaporkan berkata, Kabinet mahu sebarang pertelingkahan antara pemimpin Umno dan MCA segera diselesaikan kerana ia akan memberikan kesan kepada Barisan Nasional. – mStar Online

Tags: Ismail SabriLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd