• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Ambil Langkah Penjimatan Bayar Elaun

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganggarkan bayaran untuk penambahan anggota Bomba Bantuan serta Elaun Pemandu Jentera Bomba berjumlah RM30 juta.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata dengan jumlah yang perlu dibayar itu, pihaknya kini mengambil langkah penjimatan kerana bajet untuk dua penambahan baharu itu tidak termasuk dalam peruntukan tahunan yang diterima.

“Buat masa sekarang, kita mempunyai 440 Anggota Bomba Bantuan dan akan menambah 800 anggota. Penambahan ini akan membabitkan bayaran elaun sebanyak RM20 juta.

“Untuk Elaun Pemandu Jentera Bomba pula sebanyak RM10 juta diperlukan untuk pembayaran kepada lebih 2,000 pemandu yang terlibat,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurkan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) serta sumbangan bantuan banjir kepada anggota JBPM Pahang di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 75 anggota menerima APC, 34 anggota Sijil 30 Perkhidmatan serta 28 anggota yang terlibat dengan banjir menerima bantuan RM500 seorang.

Wan Mohd Nor berkata, bencana banjir yang melanda beberapa negeri Disember lepas juga telah melibatkan kerosakan harta milik JBPM yang dianggarkan bernilai RM10 juta.

Berdasarkan pengalaman banjir katanya, JBPM juga telah membuat permohonan tambahan beberapa kelengkapan jentera tambahan seperti bot serta helikopter. – BERNAMA

Tags: BombaElaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd