• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Jokowi Lawat Pusat Anak Permata Negara

oleh Ahmad Albab
06/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isteri Presiden Indonesia Joko Widodo, Iriana, melawat Pusat Anak Permata Negara Putrajaya, di sini hari ini.

Ketibaan beliau pada pukul 10 pagi disambut isteri perdana menteri yang juga penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Selain diberikan taklimat mengenai operasi pusat berkenaan, Iriana turut dibawa melawat persekitaran pusat itu serta menyaksikan persembahan tarian oleh sebahagian kanak-kanak di pusat jagaan berkenaan.

Terdapat 60 kanak-kanak berumur dalam lingkungan satu hingga empat tahun di pusat jagaan itu dengan lapan tenaga pengajar.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri Datuk Saidatu Akhmad, berkata semasa lawatan itu Iriana memberikan respons positif terhadap pogram Permata dan menyatakan minat terhadap inisiatif itu.

“Beliau berkata program Permata ini sesuatu yang boleh dicontohi dan kami di Permata sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin melaksanakan program seperti ini,” kata Saidatu.

Menurutnya, terdapat 700 pusat jagaan yang menggunakan program Anak Permata Negara di seluruh negara melibatkan kira kira 20,000 kanak-kanak.

Iriana dan Rosmah meluangkan masa kira-kira sejam di pusat itu sebelum menghadiri sesi minum pagi di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ia adalah lawatan sulung pemimpin itu ke negara ini selepas dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Jokowi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

02/06/2023
0

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd