• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Disoal Siasat Petang Ini

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANJUTAN daripada isu kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mengandungi sentimen perkauman, pihak polis akan memanggil beliau untuk memberi keterangan petang ini.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ismail Sabri akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

[ARTIKEL TERDAHULU: Ismail Sabri Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis]

igp

“Kita akan berjumpa beliau petang ini Insya-Allah untuk merakamkan ucapan.

“Kita dah setuju, cuma sedang aturkan masa kerana hari ini mesyuarat kabinet, jadi bagi peluang pada menteri dan pegawai lain bermesyuarat,” katanya yang ditemui pada satu majlis pagi tadi.

Semalam Ismail Sabri berkata, beliau bersedia untuk disoal siasat polis atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang berbaur rasis.

Beliau menafikan entri di laman Facebook rasminya sebelum ini mengandungi elemen yang mengguris hati seluruh masyarakat Cina kerana ia ditujukan kepada peniaga dan pemborong tidak bertanggungjawab yang terus-terusan membebankan pengguna dengan harga jualan tinggi selepas harga minyak mengalami penurunan. -MYNEWSHUB.CC

Harga Barang Naik, Najib Tun Razak Kecewa Kerajaan Dipersalahkan

Tags: Harga Barangharga minyakIsmail Sabrikhalid abu bakarNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Harga Minyak Turun Kerana Jasa Rakyat Tambun Pilih Anwar Jadi Wakil Rakyat

Harga Minyak Turun Kerana Jasa Rakyat Tambun Pilih Anwar Jadi Wakil Rakyat

19/07/2026
0

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penurunan harga petrol RON95 antaranya kerana jasa rakyat Tambun memilih beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd