• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imbuhan Menarik Untuk Doktor Berkhidmat Di Sarawak – Subramaniam

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi merangka pemberian imbuhan yang lebih menarik untuk doktor dan doktor pakar yang dihantar bertugas di hospital dan klinik kerajaan di Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian akan mencari kaedah terbaik untuk menarik lebih ramai doktor berkhidmat di negeri ini termasuk memberi insentif lebih baik kepada mereka.

Memandangkan tidak ramai anak Sarawak menjadi doktor pakar, beliau berkata perkhidmatan perubatan negeri ini amat memerlukan tenaga doktor pakar dari Semenanjung Malaysia bagi menampung keperluan di hospital-hospital di negeri ini.

“Namun, tidak ramai doktor yang mahu berkhidmat di negeri ini khususnya di hospital dan klinik di luar bandar,” katanya ketika berucap pada majlis peletakan batu asas hospital baharu Sri Aman yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata beliau memahami kesukaran dan risiko pesakit yang terpaksa melalui perjalanan lebih tiga jam dari Sri Aman ke Kuching untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital pakar.

Sehubungan itu, beliau berharap pembinaan hospital Sri Aman dengan kos RM200 juta dan dijangka siap pada 2018 dapat mengatasi kesukaran pesakit-pesakit dari Sri Aman.

Beliau berkata hospital berkenaan akan dilengkapi 108 buah katil dan pelbagai kemudahan rawatan pakar.

Dr Subramaniam berkata pada masa ini, terdapat 22 hospital di seluruh Sarawak termasuk Hospital Umum Sarawak yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pakar.

Selain itu, sebanyak 211 klinik kesihatan di seluruh negeri ini juga memberi perkhidmatan kesihatan kepada 2.4 juta penduduk di Sarawak. – BERNAMA

Tags: doktorDr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd