• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Maut Ditanduk Kerbau Ketika Menoreh

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – “Saya tidak boleh pergi dekat untuk menyelamatkan mangsa kerana kerbau itu terlalu garang dan turut mahu menyerang saya,” kata saksi serangan kerbau yang menyebabkan seorang ibu tunggal maut ditanduk di kebun getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Rosnani Wahid, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan ditanduk kerbau betina yang mengamuk itu.

Saksi, Mohamad Rashidi Razali, 31, berkata ketika kejadian mangsa sedang menoreh di kebun getah berkenaan tanpa mempedulikan seekor kerbau betina yang dilihat sedang bergelut untuk melepaskan diri kerana talinya tersangkut pada akar pokok.

Rashidi yang juga pemilik kebun getah berkenaan berkata, dia memberi amaran kepada Rosnani supaya tidak menghampiri haiwan berkenaan kerana ia kelihatan bengis.

“Ketika itu jarak antara mangsa dan kerbau kira-kira tiga meter. Tiba-tiba mangsa menghampiri haiwan itu untuk menghalaunya dan dalam sekelip mata kerbau itu menanduknya menyebabkan dia jatuh.

“Apabila Rosnani terbaring di atas tanah, kerbau berkenaan terus menanduk mangsa beberapa kali dan dia menjerit meminta tolong, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerbau itu amat bengis dan mahu menyerang saya apabila menghampirinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Rashidi, jeritan mangsa turut didengari beberapa penduduk yang bergegas ke tempat kejadian sebelum membantu menenangkan haiwan itu dan menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun ketika kerbau itu berjaya ditangkap dengan bantuan beberapa penduduk, mangsa didapati sudah tidak bernyawa dan badannya berlumuran darah,” katanya.

Katanya, ibu kepada lima anak berusia antara tujuh hingga 19 tahun itu mengambil upah menoreh di kebun getah milik keluarganya sejak tiga bulan lalu.

Penggembala kerbau terbabit, Mohd Nadzir Japar, 41, berkata dia mendapati haiwan seberat 500 kilogram itu hilang dari kandangnya yang terletak kira-kira 200 meter dari kebun getah berkenaan.

Katanya, haiwan itu mungkin bertindak agresif kerana dalam keadaan tertekan selepas gagal melepaskan diri kerana talinya tersangkut pada akar pokok selama beberapa jam.

“Selama ini kerbau itu tidak pernah bertindak agresif, malah jinak. Namun mungkin kerana kelaparan dan keletihan cuba melepaskan diri sejak malam, menjadikan ia tertekan dan bengis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Batu Anam, Segamat, sejurus kejadian.- hmetro

Tags: kerbaumaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd