• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa & Sekolah Perlu Tangani Tabiat Merokok Pelajar

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa serta pemantauan rapat mereka adalah penting dalam menangani tabiat merokok dalam kalangan pelajar.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali berkata walaupun terdapat usaha pihak berkuasa, kempen maklumat dan nasihat mengenai kesan buruk merokok, namun ketidak upayaan mengurangkan ketagihan merokok masih kurang berjaya dan perlu diberi perhatian serius.

“Menghisap rokok sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar dan kita percaya jumlah pelajar yang merokok semakin bertambah. Kita memerlukan kerjasama daripada persatuan ibu bapa dan guru untuk membantu menyelesaikan isu ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tidak dapat dinafikan tabiat merokok dipengaruhi dari tabiat anggota keluarga terutama pihak bapa.

“Oleh itu tabiat ibu bapa sama ada positif atau negatif boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan pada usia remaja,” katanya.

Dr Ismail berkata tekanan rakan-rakan di sekolah dan tempat kerja merupakan satu lagi faktor utama kenapa individu mengamalkan tabiat merokok.

“Oleh itu perlu ada peraturan dan polisi untuk membantu pelajar mengenai tabiat buruk dan pekerti baik,” katanya.

Beliau berkata media massa boleh memainkan peranan penting dalam menyebar maklumat mengenai kesan buruk merokok, dengan membantu kempen antimerokok dan mempromosi program benci rokok.

“Pendidikan dan penguatkuasaan merupakan dua elemen penting dalam menangani masalah ini dan ia perlu dilakukan secara seiringan,” katanya.

Seorang guru Sitiphanus Alwi berkata jenis sekolah turut merupakan faktor sama ada seseorang pelajar akan merokok atau tidak.

“Sekiranya sekolah itu mempunyai reputasi baik dengan pelajar mempunyai nilai moral yang tinggi, mereka tidak akan mengamalkan tabiat merokok atau terbabit dengan kegiatan maksiat,” katanya.

Menurut Pusat Sumber Pakatan Kawalan Tembakau Asia Tenggara, tabiat merokok dalam kalangan golongan lelaki di Malaysia melebihi 50 peratus dan dianggarkan menjelang 2020, lebih dua pertiga dalam kalangan perokok dunia akan terdapat di Asia. – BERNAMA

Video: Ustaz Don – Al-Quran, Zuriat & Rokok

Tags: pelajarRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd