• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Erat UniMAP-UUI Lebih Melonjak Melalui Pelbagai Usahasama

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerjasama erat yang terjalin antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Acheh akan lebih melonjak melalui pelaksanaan lebih banyak usaha secara bersama, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda usaha bersama itu boleh dilaksanakan melalui promosi, pendedahan dan perkongsian maklumat yang memberi gambaran jelas mengenai landskap pembelajaran di kedua-dua universiti itu.

Syed Faizuddin bertitah keputusan kerajaan Acheh menaja rakyatnya yang berkelayakan menyambung pengajian ijazah sarjana muda di UniMAP bermula tahun ini akan membuka lebih banyak ruang meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak.

“UniMAP akan menggunakan tenaga pakar akademiknya membantu penganjuran seminar, penyelidikan dan penulisan artikel ilmiah oleh pensyarah UUI termasuk menerbitkan kertas kerja penyelidikan untuk dikemukakan kepada jurnal terindeks seperti Scopus,” titah baginda.

Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah selepas berkenan merasmikan sebuah bangunan tiga tingkat yang diberi nama ‘Gedung Perkuliahan Tarmizi bin Ayus’ di kampus utama UUI, Banda Acheh, Sabtu petang.

Hadir sama ketua Yayasan Ubudiyah, Dedi Zefrizal serta Rektor UUI, Marniati Kes. Kenyataan baginda dikeluarkan oleh pejabat Canselor UniMAP di Kangar, Ahad.

Menurut Syed Faizuddin, UniMAP akan membantu menyusun semula kurikulum bersangkutan program yang ditawarkan UniMAP dan menambah baik proses pengajaran serta pembelajaran di UUI berdasarkan kaedah dan amalan UniMAP.

“Bantuan ini diteruskan dengan meningkatkan penglibatan bersama dalam bidang penyelidikan antara UniMAP dengan UUI selain tenaga pengajar UniMAP memberi syarahan atau kuliah di UUI dari semasa ke semasa,” titah baginda.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamaruddin Hussin ialah penasihat kepada UUI yang dilantik tahun lepas bagi membantu membangunkan sistem akademik yang efisien dan sistematik ke arah menjadikan UUI ‘Universiti Siber Berkelas Dunia’ menjelang 2025.

Pada majlis itu, Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan sebuah kincir angin sumbangan anak Perlis, Tariq Husni yang merupakan pengurus projek di Mechanical Training Solutions Sdn Bhd Malaysia, kepada UUI. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd