Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

2 Lagi Jemaah Haji...

MAKKAH - Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu...

Peniaga Didakwa Hina Kerajaan,...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

2 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Dua kluster baharu berkaitan penularan Covid-19 dikenal pasti di Kuala...

Pak Lah Sihat Sedang...

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya menafikan...

Hina Khutbah Jumaat, Eric Paulsen Mengaku Tak Bersalah

Hari ini, Eric Paulsen, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan menerbitkan kenyataan fitnah di laman mikro Twitter peribadinya pada 10 Januari lalu.

Namun, sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abdul Rashid Daud pada pukul 11.17 pagi tadi, Paulsen, 42, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

[ARTIKEL TERDAHULU: Tak Mengaku Hina Islam, Eric Paulsen Didesak Mohon Maaf]

Perbuatan tersebut didakwa dilakukannya di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman pada jam 8 malam.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Sharuddin Wan Ladin mengendalikan kes berkenaan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Wan Sharuddin mencadangkan RM5,000 sebagai wang jaminan namun peguam tertuduh, Gobind Singh Deo, kemudiannya berhujah bahawa anak guamnya merupakan seorang peguam dan tidak mempunyai sebab untuk tidak hadir.

Hakim kemudiannya menetapkan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Mengimbas kembali kes, Eric pada awal Januari lalu telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ektremisme pada setiap Jumaat.


facebook_1420857145138

Kenyataan melulu tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati masyarakat Islam yang mengaitkannya dengan khutbah Jumaat yang disediakan oleh pihak JAKIM.

Setelah menerima banyak tekanan, Paulsen kemudiannya memadamkan entri tersebut. Empat hari selepas itu, dia ditahan reman selama dua hari. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Sinar Harian – Pemimpin Pembangkang Mengkritik Eric Paulsen Yang Menghina Islam

https://www.youtube.com/watch?v=Vmc4wyKZ9SE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori