• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Heret Ke Mahkamah Tindakan Peribadi Ramalingam, Bukan MIC

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyifatkan tindakan seorang anggota parti itu mengheret isu atau urusan parti ke mahkamah sebagai tindakan peribadi.

Beliau berkata tindakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC AK Ramalingam yang mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mewakili diri sendiri, bukannya ‘kepentingan parti’.

“Mereka yang kalah pada pemilihan 2013 telah membuat aduan kepada ROS dan agensi kerajaan itu melakukan siasatan. Tetapi tindakan Ramalingam pula berbeza.

Beliau menang dalam pemilihan itu, dan memfailkan semakan kehakiman itu kerana tidak berpuas hati,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemelut yang melanda MIC di sini hari ini.

Ramalingam pada Isnin lepas mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh ROS serta Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berpendapat tindakan mengheret parti ke mahkamah tidak akan menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu sebaliknya memanjangkan proses menunggu.

“Kami perlu selesai perkara ini secepat mungkin tanpa melengah-lengahkan masalah agar kami boleh membawa parti ke hadapan untuk masa depan parti serta komuniti India.

“Kes mahkamah akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan tetapi pada masa itu, mungkin MIC tidak wujud lagi. Tindakan Ramalingam hanya akan membunuh parti itu secara menyeluruh,” katanya.

Kemelut MIC timbul setelah ROS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC, yang diadakan di Melaka pada November 2013, susulan aduan berlaku penyelewengan.

Dalam surat bertarikh 5 Dis tahun lalu, ROS mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Pada 18 Feb ini, mesyuarat peringkat tinggi Barisan Nasional (BN) mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan serta meminta Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel memanggil mesyuarat segera CWC 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas dalam kalangan parti itu. – BERNAMA

Tags: MIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd