• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Heret Ke Mahkamah Hanya Rumitkan Kemelut MIC

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kemelut MIC perlu diselesaikan secara baik tanpa perlu mengheret kes ke mahkamah kerana ia hanya akan merumitkan keadaan, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata beliau tidak fikir dengan membawa kes berkenaan ke mahkamah, walaupun ia hak individu untuk melakukannya, boleh menyelesaikan masalah.

“Mungkin ia menjadi lebih rumit hendak diselesaikan lagi lepas dibawa ke mahkamah. Apakah keputusan mahkamah sedangkan waktu yang diberikan ROS (Pendaftar Pertubuhan) kepada MIC agak terbatas,” kata Muhyiddin ketika diminta mengulas kemelut yang melanda MIC itu.

“Kalau tidak puas hati lagi, jumpa lagi, bincang lagi. Pokoknya ialah ada keikhlasan, maka isu itu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya,” kata Muhyiddin yang ditemui media selepas melancarkan Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Sihat dan Sejahtera di sini hari ini.

Kemelut MIC itu timbul setelah ROS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC, yang diadakan di Melaka pada November 2013, susulan aduan berlaku penyelewengan.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Pada 18 Feb, mesyuarat peringkat tinggi BN mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan serta meminta Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel memanggil mesyuarat segera Jawatankuasa Kerja Pusat 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas di kalangan parti itu.

Semalam (23 Feb) anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K. Ramalingam mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh ROS serta Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.

Muhyiddin menegaskan bahawa BN mahu MIC kembali kukuh dan kuat kerana masyarakat India mengharapkan parti berkenaan membela nasib mereka dan adalah merugikan jika masyarakat India menjauhi BN kerana merasakan MIC tidak kukuh.

“Apa pun kita hanya boleh beri nasihat. Terserahlah kepada mereka kalau mereka anggap tidak memadai dan mereka ada cara sendiri. Itu adalah hak merekalah apa yang mereka hendak lakukan,” katanya.

“Apa pun saya serahkan kepada pemimpin MIC. Mereka semua bijak pandai, berkelulusan tinggi dan banyak pengalaman. Kalau mereka rasa boleh selesai cara mereka sendiri, terserahlah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd