• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Produk Inovasi Tinggi, Elak Tumpu Persaingan Harga

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penghasilan produk tempatan perlu memberi fokus kepada barangan yang bercirikan inovasi serta nilai tambah dan bukannya menumpukan kepada persaingan dari segi harga semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika kita terus bersaing pada faktor harga sahaja dengan menggunakan input-input yang rendah, maka apa yang berlaku adalah kita akan bersaing pada tahap yang agak rendah dari segi pulangannya,” kata beliau dalam ucapan perasmian Rangkaian Penyelidikan Awam Swasta (PPRN) di sini hari ini.

Beliau berkata, negara juga akan terkesan sekiranya negara lain dapat mengurangkan kos mereka dan menyebabkan terpaksa mengurangkan kos untuk kekal bersaing dalam pasaran yang sengit.

“Untuk berjaya dalam persekitaran yang semakin kompetitif, maka kita harus sedar apa kekuatan kita, dan apakah aspek atau ruang yang boleh kita lakukan penambahbaikan,” kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata salah satu aspek yang perlu diberi tumpuan adalah penghasilan produk menggunakan teknologi yang lebih intensif dan pengetahuan input yang lebih tinggi bagi meningkat pengeluaran produk sejajar dengan permintaan pasaran.

Untuk berjaya dalam persaingan global, ia memerlukan penghasilan produk berbeza yang mempunyai nilai yang tinggi serta berlainan daripada produk-produk yang ada dan tidak mudah ditiru, kata beliau.

“Sebagai contoh, iPhone 6, jika dibandingkan dengan telefon bimbit lain, mempunyai permintaan yang sangat tinggi sehingga ada orang sanggup tidur di tepi jalan supaya dia jadi orang pertama membeli iPhone 6.

“Kenapa dan mengapa kerana produk itu mempunyai nilai yang tinggi dan berbeza dengan produk lain,” soal beliau.

Mengenai PPRN, beliau berkata ia merupakan inisiatif inovatif yang diperkenalkan kerajaan untuk menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi negara.

Inisiatif PPRN yang diumumkan semasa Bajet 2015 dikenal pasti sebagai satu daripada strategi merancakkan lagi pembangunan inovasi dan pengkomersialan hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D) negara. – ‎BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd