Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tiga Kertas Siasatan Dibuka...

Kerajaan telah membuka tiga kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

Nahas Trigana Air: Mayat...

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa nahas pesawat Trigana Air yang terhempas ketika dalam...

Lelaki Bangladesh Maut Dihempap...

SEORANG lelaki warga Bangladesh maut selepas dipercayai dihempap ‘forklift’ dipandunya yang terbalik di...

Video : Saat-Saat Cemas...

JENTERA pelumba Tech 3 Yamaha, Pol Espargaro dilaporkan terbabas kemudiannya terbakar ketika menjalani...

Gunakan Sepenuhnya Hak Anda Sebagai Pengguna

LABUAN – Isu kenaikan harga barang boleh diselesaikan sekiranya orang ramai menggunakan sepenuhnya hak mereka sebagai pengguna, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sebagai pengguna, orang ramai semamangnya mengharapkan peniaga menawarkan pelbagai barang dan perkhidmatan pada harga yang berdaya saing.

“Bagaimanapun, terserahlah kepada pengguna untuk memilih dengan berhati-hati produk dan perkhidmatan yang berharga patut dan menyuarakan sebarang sungutan kepada kerajaan atau peniaga sekiranya sesuatu produk atau perkhidmatan tidak memenuhi harapan mereka.

“Jadi, pengguna mempunyai hak untuk memilih dan didengari,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna juga perlu mengambil tahu tentang harga barang di pasaran dan mengikuti perubahan harga bagi mengelak ditipu peniaga curang yang hanya ingin meraih keuntungan besar

“Pengguna adalah raja…yang berkuasa menentukan sama ada hendak membeli atau tidak sekiranya sesuatu barang itu diletakkan pada harga begitu tinggi. Ini antara cara yang boleh memaksa peniaga menurunkan harga. Pengguna juga boleh tawar menawar harga sesuatu produk yang ingin mereka beli,” katanya.


Tengku Adnan berkata walaupun harga semua barang sepatutnya turun sejajar dengan harga bahan bakar yang lebih rendah sekarang, namun pengguna juga perlu faham bahawa terdapat faktor lain yang menentukan harga sesuatu barang atau perkhidmatan.

Katanya penurunan harga bahan bakar tidak semestinya menurunkan harga barang kerana perbuatan orang tengah juga boleh menyumbang kepada keadaan harga yang tidak stabil.

“Kita boleh merayu kepada peniaga supaya menurunkan harga, tapi kita juga perlu melihat kepada peranan orang tengah dalam isu berkenaan. Ini bermakna peniaga dan pengguna tidak harus sekali-kali membiarkan diri mereka diperas oleh orang tengah,” kata Tengku Adnan.

Presiden Majlis Tindakan Pengguna Labuan Fauziah Mohd Dun berkata peningkatan persaingan di pasaran lebih berkemungkinan akan menurunkan harga barang, bukan penurunan harga bahan bakar kerana peruncit bersedia mengorbankan margin keuntungan masing-masing untuk terus hidup. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=I7aAfRipamw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori