• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Kaedah Lambakan Turun Harga Barang – Dr Hilmi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kerajaan disaran agar melaksanakan kaedah lambakan sebagai alternatif untuk menurunkan harga barang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah itu perlu bagi memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna selain membolehkan pengguna menikmati harga barang lebih rendah.

“Apabila kita menggunakan kaedah lambakan dalam memasarkan barang, peniaga tidak boleh menaikkan harga secara mendadak disebabkan lambakan barang yang banyak.

“Kita lambakkan barang-barang di pasar tidak kira apa juga barang sama ada makanan, pakaian dan sebagainya. Jika dilambak banyak-banyak maka harga barang akan turun dan murah,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan Ops Catut bersama para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini hari ini.

Turut sama Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri (1) Chin Ching Chung.

Dr Hilmi berkata beliau menyifatkan tindakan memboikot peniaga merupakan tindakan negatif, sebaliknya tindakan positif boleh diambil bagi menurunkan harga barang dengan menggunakan cara lambakan.

Diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk boikot peniaga bagi menurunkan harga barang, beliau berkata apa yang dimaksudkan menteri berkenaan adalah menyeluruh dan tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina semata-mata.

Beliau juga manyarankan agar kerajaan mengkaji semula dasar monopoli barangan import dan eksport bagi mengatasi kenaikan harga barang yang tinggi.

“Saya berharap kerajaan kaji semula dasar sekarang. Jika ada monopoli, akan ada masalah, ada orang kawal harga, kita (pengguna) dapat harga yang mahal.

“Semasa saya ke Bangkok baru- baru ini, harga beras lima peratus hancur bagi harga borong di sana ialah RM1.40 sekilo, tetapi di Malaysia sekilo harganya RM2.40 hingga RM2.60, banyak bezanya.

“Jika tiada monopoli, maka lebih ramai peniaga akan meletakkan atau menjual barang dengan lebih murah,” kata Dr Hilmi.

Mengenai perkembangan kes denggi, beliau berkata sebanyak 14,180 kes dicatatkan bagi tempoh awal Januari hingga Jumaat lalu (6 Feb) berbanding 9,008 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata dalam minggu ini sahaja, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan Selangor kekal sebagai negeri paling tinggi mencatat kes iaitu 1,286. – BERNAMA

Tags: Harga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd