Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Nelayan Langkawi Nikmati Bantuan...

LANGKAWI - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3,043,600 sebagai elaun sara hidup 839 nelayan aktif...

Inilah Pemain Bola Keranjang...

TERBAIK... Pemain bola keranjang yang berupaya dalam menepati kesemua sasaran ditetapkan pada setiap...

Individu Enggan Bayar Caj...

KUALA LUMPUR - Mereka yang pulang ke tanah air dan enggan membayar caj kuarantin atau...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

PARIT BUNTAR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tali air Estet Simpang...

Gorila Jantan 190kg Belasah Jurugambar

KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190 kilogram (kg) yang tiba-tiba mengamuk semasa gambarnya dirakam di Taman Negara Volcanoes dekat sini.

Gorila setinggi kira-kira 2 meter yang dikenali dengan nama Akarevuro itu dilihat sedang makan sejenis tumbuhan sebelum meluru ke arah jurugambar, Christophe Courteau beberapa saat selepas dia mula merakam gambar haiwan berkenaan.

Courteau, 46, ditumbuk oleh gorila itu pada muka sebelah kiri sebelum dirempuh dan dipijak, dia bagaimanapun bernasib baik kerana cuma mendapat parut kecil pada dahi sebagai ‘cenderamata’ pertemuannya dengan raja kumpulan gorila Kwitonda yang dilindungi di sini.

COURTEAU kelihatan dirempuh oleh Akarevuro.

“Akarevuro tiba-tiba meluru ke arah saya tetapi saya tidak boleh mengelak kerana sedang melutut untuk mengambil gambarnya. Kurang satu saat dia sudah campak saya ke tepi dengan mudah, umpama dilanggar sebuah kereta api,” katanya.


Beberapa keping gambar saat-saat jurugambar itu dibelasah Akarevuro berjaya dirakamkan seorang lagi jurugambar, Christophe Vasselin.

Gorila jenis Silverback itu dikatakan menyerang kerana berasa terancam dengan kehadiran Courteau dan mungkin me­nganggap jurugambar itu sebagai pesaing kedudukan sebagai ketua dalam kumpulannya. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=_w6x1H4dUEw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori