Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ganjaran Istimewa Menanti Atlet...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjanjikan ganjaran istimewa kepada atlet institusi pendidikan...

Ahli Parlimen Pasir Salak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri...

Hazama Akui Sering Dianggap...

SETIAP kali bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hazama tidak...

Waris Jual Baju Sekolah...

TIDAK seperti artis-artis lain yang kebanyakannya memilih menceburi perniagaan minyak wangi, penyanyi rap, Waris...

Gerakan Yakin Rampas Semula Kerusi Di P.Pinang

ALOR SETAR – Walaupun parti Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013, namun ia yakin keadaan akan berubah pada pilihan raya akan datang berikutan perlaksanaan beberapa strategi baharu.

Presidennya Datuk Mah Siew Keong berkata menerusi strategi baharu, Gerakan berkeyakinan ia mampu merampas beberapa kerusi di Pulau Pinang yang kini didominasi parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

“Kami (Gerakan) telah menyediakan strategi untuk memenangi kerusi terbabit, tetapi untuk memenangi kerajaan negeri (Pulau Pinang) adalah agak mencabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan parti Gerakan Kedah hari ini.

Menurut Mah yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, kerja keras untuk menghadapi PRU ke-14 yang berkemungkinan berlaku pada 2017 atau 2018 perlu bermula daripada sekarang dan tidak menunggu pada saat-saat akhir.

Satu daripada strategi baharu Gerakan untuk menghadapi PRU akan datang katanya, memilih calon pilihan raya lebih awal iaitu dua tahun sebelum pilihan raya umum itu diadakan.

Mah berkata walaupun banyak pihak di dalam parti tidak senang dengan strategi pemilihan calon lebih awal itu, tetapi ia tetap akan dilaksanakan kerana ia mendatangkan kebaikan kepada parti, katanya.

“Dengan pemilihan calon lebih awal, ia membolehkan mereka bekerja lebih awal untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul dan tidak menunggu di saat-saat akhir sebelum pilihan raya,” katanya.


Mah berkata, calon yang dipilih boleh merangka program bersama pengundi lebih awal, menjaga kawasan lebih awal selain menyelesaikan masalah setempat lebih awal.

Katanya, pada pilihan raya umum akan datang Gerakan juga akan mengetengahkan lebih ramai calon yang terdiri daripada golongan muda dan profesional.

Mengenai peluang parti itu di Kedah, walaupun tewas di kedua-dua kerusi negeri yang ditandinginya pada PRU 2013, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dan DUN Sidam tetapi ia berharap keadaan akan menjadi lebih baik pada pilihan raya akan datang.

Mah yakin Gerakan mampu merampas kembali DUN Derga selepas kalah kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas dengan majoriti kecil 1,045 undi.

Bagi kerusi DUN Sidam pula, calon Gerakan tewas dengan majoriti 5,000 undi.
Katanya di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi BN Negeri, kedudukan Kedah adalah jauh lebih baik dari segi pembangunan berbanding ketika negeri itu dipimpin PAS.

“Kami (Gerakan) amat yakin dengan Mukhriz. Menerusi kerja keras dan usahanya, kita dapat melihat perubahan besar di Kedah di dalam sektor pembangunan. Kami yakin BN Kedah akan dapat mempertahankan Kedah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori