DUA gambar di dalam artikel ini merupakan gambar terakhir yang dirakamkan jurugambar Mynewshub.cc Riza Razak ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggagahkan diri berucap pada ceramah ketika PAS berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat Kelantan tahun lepas.
Pada ketika itu, Allahyarham sudah kelihatan uzur tetapi menggagahkan diri memberikan ceramah kepada penyokong PAS menjelang hari pengundian pada ketika itu.
Biarpun sudah agak uzur, Nik Abdul Aziz tetap mahu memberikan ceramahnya dengan berdiri di hadapan penyokong PAS pada malam itu.
BACA JUGA – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia
Allahyarham yang juga Mursyidul Am PAS meninggal dunia pada pukul 9.40 malam tadi diumumkan melalui satu kenyataan oleh anaknya Nik Mohamad Abduh.
Sebelum itu, beliau telah dibawa pulang ke rumah pada pukul 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas bantuan alat pernafasannya ditanggalkan.
Jenazah Nik Abdul Aziz akan disolatkan pada pukul 10.30 pagi esok di Masjid Pulau Melaka yang terletak bersebelahan rumah beliau.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ

