• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GAMBAR: Polis Selamatkan Wanita Daripada Mati Lemas

oleh AK-47
19/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pantas dua anggota polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 63 tahun daripada mati lemas apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam air di Northcote Point, Pelabuhan Witemata di Auckland, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 3.15 petang (waktu tempatan) itu, konstabel Paul Watts dan Simon Rusell dimaklumkan mengenai satu kemalangan melibatkan kereta BMW di lokasi tersebut.

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mereka mendapati dua nelayan sedang cuba menahan kereta tersebut daripada tenggelam dan mangsa masih berada di dalamnya.

Dalam usaha memecahkan tingkap kereta itu dengan baton dan spanar, Paul menemui sebiji batu besar dan terus memecahkan tingkap belakang kenderaan tersebut.

GAMBAR: Polis Selamatkan Wanita Daripada Mati Lemas
Paul Watts memecahkan tingkap belakang kereta dengan sebiji batu besar.
GAMBAR: Polis Selamatkan Wanita Daripada Mati Lemas
Kedua-dua anggota polis itu segera menarik mangsa keluar dari kereta yang sedang tenggelam.

“Kereta itu tenggelam dengan begitu pantas. Kira-kira 30 hingga 40 saat kami berjaya mengeluarkan mangsa, kereta tersebut sudah hampir tenggelam sepenuhnya,” ujarnya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital North Shore untuk rawatan namun disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.

– MYNEWSHUB.CC

GAMBAR: Polis Selamatkan Wanita Daripada Mati Lemas
Pihak berkuasa menarik keluar kereta terbabit dari lokasi kejadian.

Oleh: Elza

Tags: berita luar negaralemaspolisWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Jun Keputusan Saman Anwar Terhadap Menteri Luar

Next Post

4 Ditahan Dipercayai Edar Dadah Sekitar Ibu Negara

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

4 Ditahan Dipercayai Edar Dadah Sekitar Ibu Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd