• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Ungguli Persada Liga Super 2015

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan kelab, Felda United FC (FUFC) memintas kedudukan Kelantan di persada Liga Super selepas menang tipis 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam tadi.

Skuad ‘The Fighters’ selesa berada di depan menerusi gol Ahmad Syamim Yahya dan Edward Junior Wilson, masing-masing pada minit ke-15 dan 28′ sebelum penyerang kebangsaan ATM, Norshahrul Idlan Talaha mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-34.

Perak pula mengekalkan kedudukan kedua liga walaupun seri 2-2 menentang wakil Singapura, Lions XII di Stadium Perak, Ipoh.

Charles Chad Souza dan Namkung Woong menjaringkan gol untuk skuad ‘The Bos Gaurus’ masing-masing pada minit ke-27 dan 49′ manakala dua gol Lions XII dijaring oleh Khairul Amri pada minit keempat dan Firdaus Kasman pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Kelantan.

Pesta gol skuad ‘The Cops’ bermula dengan gol penyerang berbisa dari Maldives, Ali Ashfaq pada penghujung babak pertama perlawanan sebelum Dramane Traore menggandakan jaringan pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti selepas Ali dijatuhkan di dalam kawasan penalti Kelantan.

Ali menambah derita pasukan Kelantan menerusi gol peribadi kedua pada minit-72 sebelum pemain import dari Gambia, Mohamadou Sumareh mengesahkan kemenangan mutlak PDRM pada minit ke-85.

Pasukan Terengganu yang kalah 1-3 kepada Sarawak di Kuching, Sabtu lepas, bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel muncul wira skuad ‘Penyu’ selepas meledak dua jaringan pada minit ke-45 dan 76 manakala gol tunggal pasukan pelawat dihasilkan oleh Nemanja Vidakovic pada minit ke-61.

Sarawak dan Pahang terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan di Stadium Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengikat Selangor dengan keputusan 1-1 di Stadium Shah Alam.

Pemain import dari Indonesia, Andik Vermansah meletakkan skuad ‘Gergasi Merah’ di depan seawal minit pertama sebelum Luciano Figueroa menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-62.

Perlawanan berkenaan yang disaksikan hampir 30,000 penyokong berlangsung tegang sehingga memaksa pengadil, Samsuddin Ibrahim melayangkan kad kuning kepada beberapa pemain kedua-dua pasukan. – BERNAMA

Tags: FeldaLiga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd