MACAM mesra je… macam okey je!
Demikianlah reaksi peminat hiburan yang nyata terkejut dan hairan melihat gambar dimuatnaik aktres jelita Fazura dalam laman Instagramnya.
Aksi Fazura dan Zizan yang nampak mesra dan bergelak ketawa bersama sekaligus menjawab persoalan ramai pihak selama ini yang menyangkakan mereka saling bermasam muka.
Memetik laporan Murai.com.my Fazura berkata, gambar tersebut sememangnya dikongsi untuk ditujukan kepada para keyboard warrior yang suka melihatnya dan Zizan bermasam muka.
“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis bermasam muka,” kata Fazura.
Teraju utama Manisnya Cinta di Cappadocia ini mengakui terpanggil menghubungi Zizan untuk sama-sama mencari punca situasi ini hingga mereka merancang untuk bertemu.
“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan turut berasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.
“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka,” jelas Fazura.
Selain itu, Fazura turut meluahkan syukur ekoran isu panasnya bersama Zizan sudah selesai.
Baguslah tu… buang yang keruh ambil yang jernih. -MYNEWSHUB.CC


