KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis di bawah Akta Hasutan 1948.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Sekretariat Pejabat Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan hari ini.
“Exco Kerajaan Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua AMK akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok pukul 9 pagi.
“Beliau diminta memberi keterangan dan membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, pertubuhan `Lawyers for Liberty’ mendakwa Afif disiasat berhubung ucapannya mengenai hukuman ke atas ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau didakwa membuat ucapan itu di luar Istana Kehakiman di Putrajaya selepas keputusan hukuman ke atas Anwar oleh Mahkamah Persekutuan. – mynewshub.cc

