• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Suspek Rompakan Ditembak Mati Di Tapah

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menembak mati dua penjenayah selepas mengejar kereta dinaiki suspek hingga ke Jalan Sungai Kroh menghala ke Kampung Gajah di Tapah, awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek berusia 42 dan 62 tahun ditembak anggota pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPK) Perak yang ditubuhkan bagi mengesan mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes rompakan dan tembak di Ipoh pada Jumaat lalu.

Dua suspek itu dikesan dalam kereta di sekitar kawasan Tapah kira-kira jam 5 pagi tadi dan berlaku berbalas tembakan dengan seorang pegawai polis yang memakai baju kalis peluru turut terkena dua das tembakan tetapi tiada kecederaan serius.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sepucuk pistol jenis Revolver .22 dengan empat peluru dan dua kelongsong serta sebilah parang.

“Dua suspek itu dikenali sebagai Wong Chun Ming, 42, yang memiliki 11 rekod jenayah dan rakannya, Lee Yoke Kong, 62, yang memiliki 15 rekod jenayah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, dua lagi rakan suspek sudah ditahan sebelum ini dan dengan tumpasnya kumpulan itu, kes rompakan di Ipoh itu berjaya diselesaikan. – Berita Harian Online

Tags: kes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd