Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Pahang Benam Kedah 5-0...

KUALA LUMPUR - Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah...

Anak Syarikat Ewein Sasar...

KUALA LUMPUR - Ewein Ecommerce Sdn Bhd (EESB), anak syarikat Ewein Bhd merancang...

Epiknya Filem & Sensasinya...

CERITA dalam filem epik pastilah hebat. Nama pun epik. Diangkat dari kisah kepahlawanan....

Husni Tiada Rancangan ‘Betul’...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Letupan Bom Cetus Panik Di Siam Paragon, Semalam

DUA letupan berpunca daripada bom paip menggemparkan penggunjung di sebuah pusat beli belah mewah di Bangkok, pada Ahad.

Menurut laporan The Bangkok Post, letupan tersebut hanya menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang lelaki tempatan.

Pegawai forensik mengumpul bukti di lokasi kejadian, di luar pusat beli-belah Siam Paragon.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu adalah yang pertama berlaku di ibu negara Thailand, sejak rampasan kuasa tentera pada Mei tahun lalu.

Siasatan mendapati, letupan berpunca daripada dua bom buatan sendiri yang disembunyikan di belakang transformer kuasa di laluan pejalan kaki antara Stesen Siam BTS (Bangkok Mass Transit System) dan pusat beli-belah Siam Paragon.

“Bom buatan sendiri itu diletupkan guna sebuah jam digital. Ia diisi bahan ledak dan paku,” kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thawonrsiri.

ระเบิดสยามพารากอน


Motif serangan dipercayai bertujuan mencetuskan panik, bukannya untuk membunuh.

Jelasnya, polis akan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua suspek lelaki yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=4vxrjLY1gT4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori