Sample Page Title

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Padah menghina pemergian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang doktor di sebuah hospital kerajaan terpaksa menerima akibatnya apabila dia dihujani caci maki dari penyokong tokoh tersebut.

Bukan itu sahaja, lebih ekstrem lagi, si pelaku, Abdul Rahman turut diugut bunuh oleh individu tertentu.

drmaza2 drmaza4

Malah, nada sinikal Abdul Rahman dalam bait-bait komentarnya turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membidas individu tersebut kerana didakwa sering menimbulkan polemik.

Dalam statusnya di laman sosial Facebook, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza kesal dengan refleksi bahasa dan akhlak seorang doktor yang ditonjolkan Abdul Rahman.

drmaza

“Saya tidak kenal siapa orang ini, tapi sejak sekian lama saya dimaklumkan betapa buruknya bahasa dan budi seorang yang menyandang jawatan doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan.

“Terlalu buruk bahasa dan akhlak sebagai seorang ahli perubatan. Kementerian Kesihatan harus memandang serius kes yang seperti ini.”

Katanya lagi, pemergian Nik Abdul Aziz turut mendapat simpati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menziarahi jenazahnya, namun lain pula tingkah yang ditunjukkan pembela Ulama Muda dalam UMNO itu.

“Semua pimpinan politik termasuk Presiden UMNO DS Najib Tun Abd Razak mengucapkan takziah dengan penuh santun dan menziarahi jenazah. Namun lain pula tingkah pembela Ulama Muda UMNO ini.”

Screenshot_2015-02-15-20-12-31_1424002388867

Namun, setelah dihentam bertubi-tubi oleh netizen terutamanya penyokong TGNA, Abdul Rahman dalam entri di medium sama kemudiannya membuat satu permohonan maaf kepada ahli keluarga tokoh itu.


“Saya Dr Abdul Rahman Abdul Kadir dengan ini memohon maaf kepada seluruh keluarga Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kata di dalam akaun Facebook milik saya bertarikh 13.02.2015 berkaitan dengan kematian Allahyarham.”

Katanya, walaupun konteks ayatnya telah disalah erti dan dimanipulasi, namun Abdul Rahman mengakui bahawa ujaran tersebut sememangnya tidak sesuai ditulis saat pemergian Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Walau bagaimanapun, dia kesal dengan tindakan sesetengah pihak, termasuk Dr Maza yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengambil kesempatan, malah memuat naik fotonya tanpa izin.

Screenshot_2015-02-15-20-12-39_1424002408899 Screenshot_2015-02-15-20-12-46_1424002433301

Orang tua-tua selalu berpesan, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’. Tutur bicara dan penulisan haruslah bersederhana dan tidak mencuit mana-mana individu sehingga boleh menimbulkan pergeseran.

Tindakan yang dipaparkan perdana menteri ketika mendapat perkhabaran kematian Nik Abdul Aziz seharusnya menjadi ikutan semua pihak.

Walaupun arus politik yang dituju kedua-dua figura tersebut bertentangan, namun ia tidak menghalang Najib dari meluahkan simpati, takziah dan menziarahi jenazah Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Menurut informasi di laman sosial, Abdul Rahman berkemungkinan akan membuat laporan polis atas ugutan bunuh yang diterimanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PM Najib Tun Razak Berhenti Ucapan Dan Sedekahkan Al-Fatihah Usai Mendapat Berita Pemergian Nik Abdul Aziz

https://www.youtube.com/watch?v=12XLZONQBJo

Kategori

Artikel Berkaitan

9 KOMEN

  1. Hah? Orang lain pula yang kau nak salahkan? Teruknya, manusia jenis apa kau ini sebenarnya? Manusia bertopengkan Syaitan? Kau nak mohon maaf TAPI tak ikhlas, nak salahkan orang lain lagi. DAN yang terbaru, kau cuba nak fitnah sultan Brunei. Sebenarnya kau yang tidak bertanggungjawab. Merangkaklah kau nanti mencari orang-orang yang kau hina dan fitnah.

    • Ya sgt setuju dgn pendapat anda. Sgt sedih jika sdh bergelar doktor namun mempunyai akhlak yg tidak sepadan dgn gelaran yg tlh diberi. What a shame!

  2. Ko tungu pembalasan akibat menghina sultan brunei, selama ini orang tak pernah campur hal politik bodoh kamu, seinci terasa kesakitan dan penghinaan, aku cabar ko dr Abdul rahman kadar alis bodoh,

  3. kelulusan tak sebanding akhlak… mesti salh belajor kot yg gini jadinya…. ko dtg brunei siap kau kami kerjakan. org tak sayang mulut. kami tunggu mu datang..

  4. Apa sebenarnya masalah kauuuu setan!? Dr kau tu pun dr beli je kot. Nak samakan kau dgn anjing, anjing pun tak seek attention mcm kau nak mampus! Is it the political people not giving you big attention sebab you’re unable to fit in?? I’m Bruneian myself tau how the Malaysian political figures berbahasa to the public and definitely tak macam kau lah! Just fyi, I have a very deep respect towards Allahyarham Nik Abd Aziz.

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...