• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 2 Warga Emas Antara 6 Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri warga emas antara enam orang yang diberkas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang kerana dipercayai mengedar dadah sepanjang bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sup Saiful Bahri Abdullah berkata pasangan itu, masing-masing berusia 66 dan 58 tahun, ditahan dalam Ops Jala berhampiran Kampung Bertam pada 2 petang, Jumaat lepas.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas suami isteri itu menemukan 587 biji pil warna merah dan enam biji warna hijau dipercayai pil kuda bersama tiga botol kecil dadah dipercayai heroin bernilai RM16,500.

“Pil berkenaan bersama debu heroin dibungkus dalam surat khabar dan disorok di dalam coli dipakai wanita warga emas itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di IPD Gua Musang di sini, hari ini.

Beliau berkata pasangan itu yang berasal dari Rantau Panjang ditahan ketika menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari Jeli ke Gua Musang, dipercayai untuk memasarkan dadah itu di sekitar bandar ini.

Saiful Bahri berkata pada 1.45 petang 22 Jan lepas, polis turut menahan dua lelaki dan menemui empat botol cerah berisi serbuk puteh dipecayai dadah dalam kereta dinaiki mereka.

Beliau berkata lelaki berumur 22 dan 27 tahun itu ditahan di kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh.

Selain itu, seorang lelaki ditahan di hadapan Klinik Chiku 3 pada 8 malam, 23 Jan lepas dan polis menemui enam botol serbuk puteh dipecayai heroin dalam kotak tisu di dalam keretanya.

“Pada 5.10 petang, 27 Jan lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan menemui 13 botol berisi serbuk puteh dipercayai dadah dan 51 biji pil berwarna kemerahan dipercayai pil kuda di dalam beg galasnya,” kata Saiful Bahri.

Kesemua suspek itu akan didakwa di bawah Seksyen 39 (B) dan Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1EKe9z2m3Ko

Tags: kes dadahwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd