• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti 2,000 Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Dibekukan

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Cuti 2,000 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kecuali pegawai penguatkuasa berbangsa Cina di seluruh negara dibekukan mulai semalam hingga 25 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata langkah itu bagi membolehkan KPDNKK membuat penguatkuasaan secara komited ke atas Skim Kawalan Harga pada perayaan Tahun Baru Cina sepanjang 12 hari pelaksanaan skim berkenaan.

“Kita komited dalam perkara ini dan mengambil tindakan kepada peniaga yang engkar dan tidak mematuhi peraturan yang telah dipersetujui di bawah skim tersebut.

Saya hendak mereka (pegawai penguatkuasa) tumpukan gerakan untuk memastikan penguatkuasaan Skim Kawalan Harga beroleh kejayaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan program ‘Inisiatif Transformasi Usahawan Seed’ Parlimen Kuala Pilah anjuran Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (Seed) Jabatan Perdana Menteri.

Skim Kawalan Harga yang berlangsung selama 12 hari itu, memberi jaminan harga 12 barang kawalan tidak akan dijual melebihi harga siling ditetapkan.

Barangan ini ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar, perut babi dan daging babi.

Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berkata selain pegawai penguatkuasa KPDNKK, pihaknya juga bersetuju agar pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk bersama-sama menyertai operasi pemantauan dalam tempoh itu.

Katanya semua penguatkuasa akan digerakkan dalam operasi pemantauan berterusan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga lebih tinggi daripada sepatutnya.

“Selain penguatkuasa, kita juga meminta semua sukarelawan termasuk pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan maklumat jika mengesan kegiatan peniaga yang melanggar harga kawalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: CutiKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aidilfitri: JBPM Beku 80 Peratus Cuti Pegawai, Anggota

Aidilfitri: JBPM Beku 80 Peratus Cuti Pegawai, Anggota

15/04/2023
0

Kuala Lumpur : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di seluruh negara...

Kakitangan Awam Sri Lanka Diberi Cuti Sehari Untuk Tanam Sayuran

14/06/2022
0

COLOMBO: Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka bertanam sayuran untuk mengatasi masalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd