Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Trofi Anugerah Seri Angkasa...

KUALA LUMPUR - Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) menyaksikan Radio Televisyen...

3 Nelayan Hilang Dekat...

KOTA KINABALU - Seorang tekong dan tiga nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus...

Cristiano Ronaldo Catat Hatrik...

BARCELONA - Cristiano Ronaldo mencatat rekod hatrik kali ke-23 dalam aksi La Liga...

Amyza Aznan Susun Strategi...

PELAKON Amyza Aznan mengakui mahu meningkatkan kembali populariti dirinya dan ia merupakan salah...

Cuaca Panas Diramal Berakhir Hujung Mac

PUTRAJAYA – Cuaca panas dan kering yang kini dialami kebanyakan kawasan di dalam negara, merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

“Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering,” katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat 2015 oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin di sini hari ini.

Che Gayah berkata keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.

Ditanya sama ada suhu cuaca panas dan kering berbeza berbanding tahun lepas, beliau berkata:”Saya tidak nampak banyak perbezaan. Kalau suhu adalah tolak campur tiga darjah celcius, ia adalah normal.”

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.


Che Gayah berkata musim peralihan monsun akan bermula menjelang bulan April sehingga pertengahan Mei, yang mana negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca lebih lembap dan ribut petir di sebelah tengahari dan petang.

Katanya keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun sehingga September, yang akan menyebabkan negara menjadi kering dan dilanda jerebu.

Che Gayah berkata Jabatan Meteorologi hanya akan melakukan pembenihan awan apabila tahap jerebu berada pada kategori bahaya kesihatan rakyat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Jabatan Meterologi sentiasa sedia melakukan pembenihan awam dengan syarikat penerbangan swasta bagi mengatasi masalah ini. Ada kalanya, operator empangan juga melaksanakan pembenihan awam untuk meningkatkan tahap air. Sekiranya mereka meminta bantuan, kita sedia membantu,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • panas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori