• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caliph Buskers Sangkal Dah Mula Pandai Sombong

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan Caliph Buskers menyangkal dakwaan kononnya mereka mula bersikap sombong apabila memilih projek ditawarkan sejak muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bersama Mojo.

Vokalis utama kumpulan itu, Khairul Azmi Saat atau Azmi, 28, berkata, mereka masih sebuah kumpulan muzik jalanan seperti mana sebelum ini malah tetap menerima jemputan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.

“Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.

“Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azmi berkata, dia berharap gosip berkenaan tidak membuatkan pihak yang ingin mengundang mereka mengadakan persembahan berasa takut kerana mereka tidak bersikap memilih.

“Kami adalah kumpulan buskers dan mencari kekayaan bukan tujuan utama kami. Gosip sebelum ini diharap tidak akan membuatkan ada pihak berfikir dua kali untuk menjemput kami.

“Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, Azmi berkata, dia tidak terkilan apabila ada cakap-cakap sedemikian terhadap Caliph Buskers kerana ia tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang muzik.

Malah kata Azmi, sokongan yang diterima daripada peminat sudah cukup untuk mematahkan kata-kata negatif tersebut dan sentiasa mengenang jasa mereka yang banyak membantu sehingga ke tahap ini.

“Cerita berkenaan tidak melemahkan kami dan ia hanya perkara kecil. Pada yang mengenali kami mereka tahu itu bukan sikap Caliph Buskers.

“Kami bersyukur kerana ada penyokong dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kami dan itu membuatkan kami terus bersemangat untuk terus menghiburkan masyarakat,” jelasnya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=9Dy6ikiiEvw

Tags: Caliph Buskers
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurau Senda Permaisuri Agong Bersama Caliph Buskers

13/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Daripada bermain muzik di jalanan, kumpulan Caliph Buskers kini tidak menyangka dapat menunjukkan bakat mereka kepada orang-orang...

Sebab Judul ‘Buta’, Azmi Tolak Duet Dengan FT?

17/08/2017
0

HANYA kerana tajuk lagu, Azmi Caliph Buskers hampir tolak kolaborasi bersama penyanyi terkenal tanah air. Mengapakah? Azmi hampir menolak untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd