• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Naikkan Kadar Elaun Kebajikan Bomba Ke Kabinet

oleh AK-47
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD — Cadangan untuk menaikkan kadar elaun kebajikan kira-kira 26,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara akan dibawa ke Kabinet untuk diteliti, kata Menteri  Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman berkata cadangan itu telah dibincangkan bersama JBPM  bagi menaikkan elaun kebajikan anggota-anggota agensi itu memandangkan risiko dari segi psikologi traumatik, kecederaan sepanjang hayat dan ancaman maut yang dihadapi mereka ketika bertugas.

“JBPM mempunyai keanggotaan yang cukup besar dan berada di seluruh pelusuk negara. Saya sedikit terkilan  kerana melihat kebajikan anggota ini tidak setara seperti mana yang diperolehi oleh agensi penyelamat lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kempen Keselamatan Kebakaran di Pulau Mantanani di sini hari ini.

Menurutnya, kertas kerja berkenaan cadangan itu akan dibentangkan pada tahun ini dan diharapkan kadar elaun kebajikan itu dapat dinaikkan dan disegerakan pelaksanaannya dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Abdul Rahman, ketika berucap dalam program berkenaan berkata, JBPM sentiasa berusaha memberi nasihat kepada orang ramai mengenai pentingnya kesedaran keselamatan kebakaran melalui  Bahagian Keselamatan Kebakaran jabatan itu.

“Program hari ini adalah antara usaha bomba untuk memaklumkan orang ramai tentang bahaya yang dihadapi semasa bencana kebakaran berlaku melalui penerangan, ceramah, latihan dan demonstrasi mengenai risiko kebakaran. Program ini juga menerangkan mengenai penyelenggaraan bangunan yang teratur dan  sempurna serta kaedah pemasangan jeriji tingkap dan pintu yang betul,” katanya.

Menurutnya, semua usaha jabatan itu adalah untuk mengurangkan kebakaran atau mencapai ‘kebakaran sifar’ dan mengelakkan  mangsa terutama kanak-kanak terperangkap sewaktu bencana berlaku.

Pada program itu lima syarikat pengeluar alat pemadam api terkenal negara iaitu AMI Ventures Sdn Bhd, Eversafe Extinguisher Sdn Bhd, Fire Fighter Industry Sdn Bhd, Steel Recon Industries Sdn Bhd, Unique Fire Industry Sdn Bhd menyumbangkan 200 alat pemadam api untuk 155 buah rumah, klinik kesihatan, surau dan sekolah rendah di pulau itu.–BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd