• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Tinggalkan Cucu Di Rumah Mandian Sebagai Deposit

oleh Ahmad Albab
06/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kunming – Seorang budak perempuan berusia enam tahun ditinggalkan di rumah mandian oleh datuknya sebagai deposit selepas lelaki itu mendakwa dia terlupa membawa duit, namun selepas sebulan, kelibat lelaki itu terus tidak kelihatan.

Meskipun pemilik rumah mandian itu menggunakan media tempatan untuk mengesan lelaki itu dan memintanya mengambil semula cucunya itu yang digelar Siyao, namun lelaki berkenaan terus hilang.

Lelaki itu mengunjungi rumah mandian berkenaan untuk mandi, berurut dan berehat, namun ketika mahu membuat pembayaran, dia mendakwa terlupa membawa duit.

Dia kemudiannya meninggalkan Siyao sebagai deposit sementara dia pulang ke rumah untuk mengambil wang, namun sehingga kini lelaki itu gagal muncul bagi mendapatkan semula cucunya tersebut.

Nasib baik kakitangan rumah mandian berkenaan bermurah hati menyediakan makanan dan pada waktu malam, budak itu tidur di situ. Hanya televisyen yang menjadi penemannya.

Orang ramai kini menggesa jabatan kebajikan campur tangan demi memastikan kebajikan budak itu terpelihara.

Rumah mandian terkenal di China dan digunakan oleh penduduknya yang tidak mempunyai air panas atau bekalan air di rumah.

Di pusat berkenaan, mereka boleh mandi, membersihkan diri, berehat dan menikmati urutan kaki serta badan.

Tags: budakduit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

05/05/2024
0

MUAR: Peniaga makanan Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di...

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

Budak Maut Ditimpa Dinding Konkrit: JKM Sedia Khidmat Kaunseling Buat Keluarga

15/02/2024
0

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd