• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Fokus Proses Pemulihan Banjir Daripada Bertanding Dun Chempaka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemuda Umno berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi memberi fokus kepada proses pemulihan banjir di kawasan Kelantan Selatan dan Kelantan Tengah.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata proses pasca banjir memerlukan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, dan sekiranya BN bertanding dikawasan DUN Chempaka, ia mungkin akan mengganggu proses kerjasama itu.

Khairy berkata demikian selepas menghadiri karnival ‘Walk-A-Run’ yang dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Lama Kolej Tunku Kurshiah, yang dirasmikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Pusat Sukan Air, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berpendapat BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.

Mengenai karnival itu, Khairy berkata ia adalah satu usaha mengumpul dana bagi memulihkan padang Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek.

Terdahulu, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah Tan Sri Dr Rafiah Salim berkata kolej itu memerlukan RM500,000 bagi membaiki pulih padang itu bagi menjalankan aktiviti Hari Sukan. – BERNAMA

Tags: adunKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd