BEKAS Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dimasukkan ke hospital kerana pneumonia dan keadannya kini stabil.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kuan Yew, 91, dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Februari lepas.
“Keadaannya stabil dan beliau menggunakan bantuan alat pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
BACA – PM Lee Keluar Hospital Besar Singapura Hari Ini
“Beliau juga masih sedar dan telah diberikan ubat untuk berehat,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan PMO Singapura juga menyebut pasukan doktor yang merawat Kuan Yew terus memantau keadaannya dan akan memberikan maklumat terkini kepada rakyat Singapura jika ada sebarang perubahan.
Ketika sambutan Tahun Baru Cina tahun lepas, Kuan Yew juga pernah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan, demam dan batuk.
Antara Ucapan Terbaik Lee Kuan Yew
Pada 2013 pula, beliau dimasukkan ke hospital kerana disyaki diserang Ischaemic Attack, iaitu satu keadaan di mana degupan jantung yang tidak sekata membawa kepada aliran darah ke otak untuk berhenti.
Kuan Yew yang dilahirkan pada 16 September 1923 merupakan Perdana Menteri Singapura yang pertama dan mentadbir negara Republik itu selama tiga dekad.
Kini anaknya, Lee Hsien Loong merupakan Perdana Menteri Singapura.
– MYNEWSHUB.CC