Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KPWKM Kaji Semula JKMPay

Petaling Jaya : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kaji semula keberkesanan...

Kelab Rotary Perlis Perlu...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar Kelab...

Kabinet Belum Putuskan Hapus...

PUTRAJAYA – Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras...

Peruntukan RM1.07b Atasi Banjir,...

HULU TERENGGANU - Peruntukan sebanyak RM1.07 bilion kepada kerajaan Terengganu dalam Rancangan Malaysia...

Bakti Sumbang RM95,000 Kepada 19 Rumah Kebajikan

KUALA LUMPUR – Biarpun hampir seminggu sambutan Tahun Baharu Cina berlalu, namun ia masih meriah diraikan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan YTL Corporation bersama kira-kira 400 anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) hari ini.

Seperti tahun sebelumnya, isteri perdana menteri selaku Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan berjumlah RM95,000 kepada 19 buah rumah kebajikan, masing-masing menerima RM5,000 beserta angpau.

Antara rumah kebajikan yang didiami pelbagai kaum terbabit ialah Rumah Orang Tua Ampang, Rumah Orang Tua Sungai Way, Chester Rawang, Gabungan Orang Cacat, Yayasan Bestari, Asrama Cahaya I.J. Convent, Kompleks Penyayang Bakti dan Rumah Siloam.

Majlis makan tengah hari yang diadakan di sebuah hotel di sini turut dihadiri isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah YTL Datuk Yeoh Soo Min.

Persembahan nyanyian serta tarian tradisional daripada Permata Seni Negara dan Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang diselitkan bagi menghiburkan tetamu serta memeriahkan majlis.


Sementara itu, Pengurus Operasi Rumah Charis, Suzanne Lee melahirkan penghargaan kepada Bakti dan YTL yang saban tahun tidak pernah lupa meraikan dan memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Saya gembira dapat bawa beberapa penghuni Rumah Charis. Bukan hanya dapat menjamu selera malah sekali gus merapatkan silaturrahim dan berkenalan dengan rakan-rakan dari rumah lain,” katanya.

Penghuni Badan Latihan dan Hidup Berdikari, Gurdip Kaur, 53, turut berkongsi kesyukuran dan kegembiraan dengan perhatian yang diberikan Bakti serta YTL kepada golongan seperti mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori