• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayah Mahu Perjuangan Islam Sentiasa Diteruskan

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – “Ayah mahu perjuangan Islam sentiasa diteruskan,” kata Nik Mohamad Abduh, anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai pesanan yang ditinggalkan Allahyarham bapanya.

Beliau berkata ketika hari-hari terakhir bapanya sakit, Allahyarham, bekas menteri besar Kelantan itu, ada berpesan mahukan perjuangan Islam di Malaysia sentiasa diteruskan oleh semua pemimpin di pelbagai peringkat.

Anak kelima Allahyarham itu ditemui pemberita selepas pengebumian bapanya di sini.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di kediaman beliau pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Allahyarham yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka dirawat di hospital itu sejak 19 Jan kerana kanser prostat.

Nik Mohamad Abduh mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada upacara pengebumian yang berlangsung hari ini.

“Saya ambil kesempatan bagi pihak keluarga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang berdoa untuk ayah saya,” katanya.

Puluhan ribu orang berhimpun di kediaman Allahyarham untuk menziarah dan memberikan penghormatan terakhir, menyertai solat jenazah dan mengiringi jenazah Allhayarham untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini.

Isteri Allahyarham Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67, berkata semua anggota keluarga berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Saya reda…anak beranak berkumpul semasa dia (Nik Abdul Aziz) meninggal dunia. Ramai orang sayangkan Tok Guru,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nik Abduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd