• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tidak Akan Terima Layanan 5 Bintang Di Penjara

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan sodomi, Putrajaya menggesa agar Jabatan Penjara tidak memberikan layanan istimewa terhadap figura tersebut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, andainya pihak penjara melanggar arahan tersebut maka jabatan itu berlaku tidak adil kepada semua banduan.

011598373

Memetik kenyataan beliau dalam akhbar Berita Harian, “Kita tidak boleh beri layanan lima bintang kepada bekas orang kenamaan atau jutawan yang dipenjara selepas disabitkan kesalahan, manakala pengemis pula dalam keadaan teruk.

“Semua pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah mendapat layanan sama daripada Jabatan Penjara (sesuai dengan status banduan).

“Bagaimanapun Jabatan Penjara boleh memberi kemudahan (berlainan) kepada penghuni penjara atas sebab tertentu seperti isu perubatan.”

Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar tambah beliau, boleh membuat pertimbangan tentang kemudahan tertentu andainya banduan berhadapan dengan masalah kesihatan dan membuat penilaian berdasarkan laporan.

“Buat masa ini tiada keputusan Anwar akan menerima sebarang layanan istimewa,” ujarnya.

Sementara itu Wan Junaidi berkata, ahli keluarga boleh mengunjungi Anwar pada hari dan waktu yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara.

“Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bulan Sabit Merah Malaysia juga boleh memohon untuk melawat Anwar. Ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelawat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Awani – Anwar Ibrahim Tiba Di Penjara Sungai Buloh

Tags: Anwar Ibrahimkes mahkamahPenjaraWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd