• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Perlu Ke Parlimen Kerana Ekonomi Malaysia Sedang Jatuh?

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pakatan rakyat tetap mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat dibenarkan menghadiri sidang Parlimen selaku Ketua Pembangkang pada 9 Mac ini.

Mereka memberi alasan Ketua Pembangkang diperlukan di Parlimen pada waktu Malaysia sedang menghadapi cabaran kejatuahan ekonomi, harga minyak mentah dan nilai mata wang ringgit.

Ahli Parlimen pakatan rakyat turut memberi alasan walaupun Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dihukum penjara, tetapi beliau masih mewakili suara rakyat yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Anwar masih memegang kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang. Ini sudah pun disahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri.

“Apabila Parlimen bersidang pada 9 Mac 2015, Anwar perlu dibenarkan hadir ke Parlimen dan menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Pembangkang. Inilah kehendak rakyat. Kehadiran Anwar di Parlimen akan memastikan kepentingan rakyat akan terus diperjuang dan dipertahan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh anak Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua dan Ahli Prlimen PKR Padang Serai, N.Surendran.

Kelima-lima Ahli Parlimen pembangkang itu turut mendakwa jawatan Ketua Pembangkang diakui undang-undang dan Perlembagaan sebagai bahagian penting sistem demokrasi berparlimen maka Ketua Pembangkang wajib tidak dihalang daripada menjalankan tugas-tugas beliau.

Mereka turut menyelar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana menyatakan Peguam Negara yang perlu membuat keputusan dalam hal itu kerana Jabatan Penjara dibawah kuasa beliau. – mynewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd