• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Masih Ahli Parlimen Selama 12 Hari

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di atas kesalahan meliwat akan hanya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas 14 hari dari tarikh beliau disabitkan hukuman itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, perkara itu selaras dengan Perenggan (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, jika Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan (daripada Yang di-Pertuan Agong) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, pemimpin PKR itu akan cuma hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas petisyen itu diputuskan.

“Ini seperti yang diperuntukkan di bawah Perenggan (C) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan itu saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya boleh mengemukakan pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatan Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan (Anwar) sebagai Ahli Parlimen mula berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahkamah Persekutuan dua hari lalu mengumumkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dikekalkan.

Pasukan pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah.

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sebuah akhbar hari ini bagaimanapun melaporkan Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong selepas dihukum penjara lima tahun kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Anwar, R.Sivarasa selepas beliau melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh di sini semalam.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd