• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Diberi Layanan Sama Seperti Banduan Lain

oleh AK-47
17/02/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI sebalik khabar angin mengatakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menerima layanan istimewa daripada pihak penjara Sungai Buloh, ia ternyata silap sama sekali.

Ini kerana menurut Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim, DSAI dilayan sama seperti mana banduan lain di penjara terbabit.

SUPRI
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim.

Menurutnya, segala jenis layanan dan kemudahan yang telah diberikan Penjara Sungai Buloh kepada DSAI adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara serta lanas undang-undang yang telah ditetapkan.

“Perjumpaan dengan keluarga adalah antara aspek utama yang amat dipentingkan oleh Jabatan Penjara dalam pembinaan pemulihan diri banduan.

“Berbagai bentuk perjumpaan boleh dipertimbang atau diberikan kepada banduan, antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan berperingkat dan perjumpaan khas.

“Perjumpaan permulaan diberikan kepada semua banduan adalah sekali sahaja dan ianya boleh dilakukan pada hari pertama seseorang dipenjarakan sehinggalah dalam tempoh empat minggu,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan media Jabatan Penjara Malaysia.

Sebelum ini, anak sulung DSAI, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengatakan mereka sekeluarga hanya dapat bertemu bapanya pada hari keempat DSAI dipenjarakan, iaitu pada Khamis lalu.

Tindakan itu menimbulkan persoalan kerana peraturan penjara memperlihatkan seseorang banduan tidak boleh menerima pengunjung sehingga 4 minggu dari mula masuk ke kawasan tahanan.

Baca laporan asal Mynewshub berhubung isu itu di sini : Anwar Dilawati Lepas 4 Hari Dipenjara, Langgar Peraturan?

Menurut Supri, kebiasaannya kebanyakan banduan memang tidak dapat berjumpa keluarga pada hari pertama dipenjarakan kerana mereka sudah sampai ke penjara pada lewat petang dan beberapa tindakan dalam proses penerimaan perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan kesihatan.

Selepas itu, barulah berganjak ke perjumpaan berperingkat, yang mana seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan.

Ahli keluarga juga boleh membuat permohonan kepada pengarah sesebuah penjara untuk dipertimbangkan sebarang perjumpaan khas.

Mengenai penggunaan sebarang alat komunikasi seperti telefon, internet mahu pun telefon bimbit untuk digunakan banduan adalah dilarang sama sekali.

“Penggunaan komputer, internet atau telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang. Hanya banduan yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara atau hanya bagi tujuan E-Learning sahaja. Perkara ini hanya dijalankan di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu,” katanya.

Menerusi semakan yang dibuat mendapati DSAI tidak mempunyai sebarang akses terhadap penggunaan komputer, internet dan telefon bimbit namun Jabatan Penjara ada menyediakan kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan di bawah kawalan dan seliaan pegawai penjara bertugas.

Menyentuh aspek pemakanan pula, makanan yang dibekalkan kepada semua banduan adalah berdasarkan skala yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan seperti yang terkandung dalam Akta Penjara.

“Makanan tembahan atau makanan yang berbeza boleh dibenarkan diberi kepada seseorang banduan berasaskan pengesyoran oleh pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan banduan tersebut,” katanya lagi.

Setakat ini pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Penjara mendapati Penjara Sungai Buloh telah melaksanakan tanggungjawab secara teratur berasaskan Akta, Peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Menurut lagi, Jabatan Penjara akan terus memastikan layanan terhadap semua banduan termasuk DSAI adalah mengikut landasan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd