• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Layanan VVIP? Hadir Tak Bergari, Boleh Guna Telefon Bimbit

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes samannya ke atas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kehadiran Anwar yang statusnya kini banduan di Penjara Sungai Buloh bagaimanapun boleh dikatakan masih seperti seorang ahli politik.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR dilihat tidak dipotong rambutnya seperti mana dilakukan pada banduan biasa.

BACA – Anwar ‘Muncul’ Di Mahkamah Jalan Duta Beri Keterangan Kes Saman

Beliau juga tidak dipakaikan pakaian rasmi penjara seperti banduan lain dan dibenarkan menggunakan telefon bimbit di dalam mahkamah.

Mungkin ada budi bicara digunakan pihak Jabatan Penjara dalam hal ini tetapi ia telah dibangkitkan di sesetengah laman sosial yang menganggapnya sebagai layanan VVIP jika mengambil kira status sebagai banduan.

170215AnwarDuta_2

Daripada apa yang dilihat, memang jelas ada layanan berbeza diberikan kepada Anwar.

Sebelum ini, Jabatan Penjara menafikan ada layanan istimewa diberikan kepada Anwar yang memulakan hukuman penjara selama lima tahun sejak 10 Februari lepas atas kesalahan meliwat.

Bagaimanapun isu berkaitan kembali dibangkitkan apabila keluarga terdekat Anwar didapati diberikan kebenaran melawat beliau di penjara hanya selepas empat hari memulakan hukuman.

Gambar hari ini, menguatkan lagi telahan itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IBNU K

Anwar Hadir Ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Tags: Anwar Ibrahimmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd