• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis, Tunang Sesat Ketika Mendaki Di Bukit Jambul

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang anggota polis bersama tunangnya tersesat ketika mendaki di Bukit Jambul di sini, malam tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Fauzi Suid berkata 15 anggota bersama sebuah jentera digegaskan ke tempat kejadian apabila pihaknya menerima panggilan daripada anggota polis itu pada pukul 8.11 malam.

Beliau berkata pasukan menyelamat dapat menjejaki kedudukan pasangan itu pada pukul 9.23 malam dan mengambil masa hampir satu jam untuk membawa kedua-duanya turun ke kaki bukit.

“Gerakan mencari agak sukar kerana selain keadaan gelap tiada tempat pemeriksaan atau tanda tempat khusus yang dapat dijadikan penanda kedudukan sebenar mereka,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau yang turut mengetuai operasi itu berkata Ahmad Tarmizi Muriza, 27, dan Noor Hassu Diyana Basir, 27, tidak cedera.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi berkata mereka cuba mengelak daripada dikejar sekumpulan anjing ketika tiba di puncak bukit sehingga terkeluar dari laluan pendaki ketika menuruni bukit.

“Kami mula mendaki pukul 6 petang, tiba di puncak ada tiga hingga empat ekor anjing dan apabila anjing itu mula menyalak kami panik dan tersilap jalan turun,” kata anggota polis yang bertugas di Kuala Lipis, Pahang itu. – BERNAMA

Tags: Sesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd