• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Kedua Anwar Bertanding Di Permatang Pauh?

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang untuk menamakan Nurul Nuha Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.

Izzah yang juga anak sulung Anwar memberitahu, setakat ini Nurul Nuha yang merupakan anak kedua daripada enam beradik akan memberikan tumpuan terhadap kempen ‘March To Freedom’, yang diasaskan untuk menuntut pembebasan bapa mereka.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Tidak ada cadangan daripada pihak kami untuk umum pencalonan mana-mana pihak untuk bertanding (pilihan raya).

“Pada hari ini tumpuan khusus diberikan terhadap perjuangan menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar menerusi kempen March Of Freedom,” katanya pada sidang media kempen tersebut di kediaman keluarga Anwar di Segambut pada Rabu.

Nurul Izzah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pihak media sama ada kempen yang diasas dan digerakkan oleh Nurul Nuha itu merupakan satu usaha untuk membawa adiknya kepada masyarakat umum sebelum melibatkan diri dalam politik.

“Berdasarkan rekod, bertanding di negara ini bukan mewakili parti pemerintah agak sukar dan mencabar.

“Setakat ini saya dan ibu, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah terlibat dalam politik dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan…kami ‘dipisahkan’ daripada bapa kami.

“Biarlah saya dan ibu meneruskan perjuangan (politik),” katanya.

Pada Rabu, anak kedua pasangan Anwar- Dr Wan Azizah itu mengumumkan kempen March To Freedom sebagai perjuangan menuntut kebebasan ketua pembangkang itu.

Beliau bertindak selaku pengasas dan bertanggungjawab menggerakkan kempen tersebut.

Pengenalan kempen itu bagaimanapun mewujudkan khabar angin bahawa ibu kepada seorang anak itu akan menggantikan bapanya dengan bertanding di kerusi Permatang Pauh yang kosong setelah Anwar terlucut jawatan ahli Parlimen kerana dipenjarakan selama lima tahun. – mStar Online

Video: Kronologi Kes Liwat Kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim

https://www.youtube.com/watch?v=tBTQ4DaoHRU

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd