• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Kerugian RM10,000 Rumah Dilempar Mercun

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sepasang suami isteri yang juga ahli perniagaan kerugian kira-kira RM10,000 selepas perkarangan rumah mereka dibaling bahan letupan dipercayai mercun di Taman Mesra Permai, di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian 2.15 pagi itu, mangsa dan suaminya bersama tiga anak mereka berusia 12 hingga 17 tahun serta seorang pembantu rumah, sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar bunyi letupan yang kuat.

“Mangsa berusia 42 tahun yang sedang tidur dalam bilik di tingkat dua bergegas turun ke tingkat bawah untuk membuat pemeriksaan dan ketika itu terdengar bunyi enjin sebuah motosikal beredar dari kediaman tersebut.

“Wanita itu kemudian memanggil suaminya berusia 44 tahun dan mereka membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan tempat letak kereta depan rumah dalam keadaan berselerak dengan serpihan kaca dari pintu sliding (gelongsor) yang pecah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa juga mendapati terdapat kesan terbakar di perkarangan rumahnya dan kerosakan kecil pada kereta miliknya, dipercayai akibat dilempar dengan bahan letupan itu.

“Selain itu, pintu utama, pintu pagar, rak kasut dan kerusi plastik yang berada di perkarangan rumah turut rosak serta siling tempat letak kereta pecah akibat letupan berkenaan,” katanya.

Abdul Rahman berkata rumah mangsa tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis akan cuba mendapatkan rakaman CCTV daripada jiran mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa serta suami yang menjalankan perniagaan membekalkan pekerja asing, mendakwa tidak bermusuh dengan sesiapa serta tidak membuat sebarang pinjaman daripada along.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan mercun yang mempunyai daya letupan yang kuat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Ugutletupan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Pejabat Didakwa Cabul Lelaki

Next Post

MIC: Palanivel akan panggil mesyuarat CWC 2009 – Tengku Adnan

Related Posts

5 Maut, 13 Cedera Letupan Di Gedung Beli-Belah

5 Maut, 13 Cedera Letupan Di Gedung Beli-Belah

13/02/2025
0

TAIPEI - Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13...

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

29/10/2024
0

KOTA BHARU: Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua...

Next Post

MIC: Palanivel akan panggil mesyuarat CWC 2009 - Tengku Adnan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd